Hiburan
"Saya Hanya Boleh Doakan Dari Jauh" - Uyaina Titip Ucapan Buat Mangsa Banjir Di Jakarta
Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad menitip ucapan takziah dan mendoakan kesejahteraan buat semua mangsa banjir yang melanda Jakarta sejak malam tahun baru.
Ucapan tersebut ditulis menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Salam takziah buat teman-teman di Jakarta dan sekitarnya.
"Yana hanya boleh doa dari jauh buat kesejahteraan kalian, adakah keadaan banjirnya masih parah sehingga sekarang?" tulisnya sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Uyaina di Indonesia.
Rata-rata mereka turut mendoakan keadaan di Jakarta beransur pulih dengan segera dan mengucapkan terima kasih kepada Uyaina.
Selain membina nama di Malaysia, Uyaina juga melebarkan bakat seni di negara jiran tersebut.
Baru-baru ini, beberapa kediaman selebriti Indonesia turut dilanda bencana tersebut.
Antara selebriti yang menjadi mangsa adalah Yuni Shara, Rian Dmasiv, Nicky Tirta, Anya Geraldine, Nycta Gina, Sinyorita dan Evi Masamba.
Must-Watch Video