Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Saya Hanya Perlu Jelaskan…”- Didakwa Mengaibkan Keluarga Sendiri, Chef Wan Minta Maaf

Syafiqah Jalal 11/04/2021 | 04:51 MYT
Selebriti cef terkenal, Datuk Redzuwan atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan meminta maaf jika beliau dianggap seperti mahu mengaibkan keluarga sendiri selepas mendedahkan pelbagai isu mengenai pernikahan anaknya, Serina.
Menurut Chef Wan beliau bertindak sedemikian selepas Serina sendiri umumkan pernikahannya tanpa pengetahuannya dan ia sebagai penjelasan kepada semua sebagai bapa.
“Ucapan terima kasih tidak terhingga to all my fans for all their encouraging words asking me to be strong.
“My apology juga to those who think saya aibkan anak sendiri.
“For me as her nikah was already announced on the IG naturally I had to explain the truth,” katanya.
Chef Wan membuat permohonan maaf itu di akaun Instagram miliknya.
Tambahnya apa proses pernikahan sekalipun, Chef Wan agak kecewa apabila mendakwa Serina dan suaminya pegawai polis, Meor Mohammad Aidid cuba menipu atau menyembunyikan sesuatu.
“Nikah sempadan tak berdaftar ke nikah di Siam ke the honest truth is already done probaby months ago while he is still married to the first wife.
“Depan saya dua-dua tipu saya hidup-hidup berlakon minta restu konon. Dah Nikah tu mengaku aja lah kan.
“Tuduh orang fitnah nak rosak keluarga dan sebagainya to cover their asses for what? Bangkai gajah tu lama-lama pun bau busuk.
“As a celebrity my life is like an open book these days. Buat perkara itu semua hanya malu kan saya,” jelasnya lagi.
Tegas Chef Wan lagi, urusan pernikahan itu sepatutnya tidak membelakangkan ibu bapa.
“Jangan membelakangkan emak bapak dengan urusan nikah dan kahwin ini. Banyak betul cerita yang kita dengar di akhirnya hidup mereka tak selamat.
“Be respectful of Ibu dan bapa kita,” nasihanya lagi.
Terdahulu, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya. Beliau turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand.
Ia susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan Aidid. Serina turut menafikan mereka bernikah di Thailand, sebaliknya ia dijalankan di Perlis.
Dia turut menafikan Aidid berstatus suami orang sebaliknya adalah seorang duda.
Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.
Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.
#Kahwin #Nikah #Chef Wan #Serina #maaf #Aib
;