,
Laman Utama

“Saya Hanya Tolong Mak Jual Cookies, Bukan Ambil Kesempatan Meraih Keuntungan Selepas Kontroversi!” – Da’i Syed

Fiza Kamarudin
31/03/2021
02:20 MYT
Pendakwah selebriti Da’i Syed menafikan mengambil kesempatan di atas kontroversi yang melanda dirinya selepas dilihat semakin aktif menghasilkan beberapa produk.
Jika sebelum ini Syed,26, Syed, 26, atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful mengeluarkan single berjudul Ya Habib, kini dia tampil dengan produk makanan sendiri.
Perkara tersebut telah dijadikan ‘modal’ oleh sesetengah wargamaya yang mendakwa Syed seolah-olah seperti sedang ‘menangguk di air yang keruh’.
"Ya saya mengaku pelancaran produk saya ‘back to back’ tetapi saya tidak mengambil kesempatan kononnya mencari keuntungan selepas kontroversi melibatkan diri saya.
“Macam cookies ini, sebenarnya dah lama saya jual sejak di universiti lagi. Mak saya yang buat, jadi sekarang ini salah ke kalau saya nak bantu mak saya dengan mengkomersialkan air tangan beliau?
“Lagi pun dalam masa sama saya dapat membantu orang lain mencari rezeki. Ramai yang hubungi saya dan menyatakan minat mereka untuk menjadi agen.
“Jadinya, tiada istilah mengambil kesempatan. Saya hanya mahu berkongsi rezeki dengan orang lain dan bantu mereka berniaga,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Asyedap: Salted Caramel Chocolate Cookies, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Syed turut mendedahkan bakal tampil dengan buku tulisannya sendiri yang berkisarkan tentang kisah dilaluinya ketika berada di dalam lokap dan penjara.
“Dari baju hijau ke baju ungu…Pengalaman perit tetapi sangat berharga buat diri ini. Buku tersebut sudah saya siapkan tetapi masih menunggu masa sesuai untuk dilancarkan,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Pesanan Da’i Syed Dekat Mangsa R*gol Kembali Tular, Netizen Anggap Mesej Disampaikan Tak Sensitif - “Gila Betul…”

gempak
01/09/2024
04:03 MYT
Nama pendakwah selebriti, Da’i Syed menjadi ‘buah mulut’ ramai pihak selepas dirinya disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun atas kesalahan merogol.
Hiburan

Kes Rogol: Da'i Syed Tarik Balik Rayuan

gempak
04/07/2024
01:52 MYT
Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
Laman Utama

Isteri Didakwa Keguguran Kerana Kifarah, Da’i Syed Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Dua Wanita

gempak
28/08/2023
07:40 MYT
Da'i Syed mahu ambil tindakan
Laman Utama

[VIDEO] Terpinga-Pinga Buat Challenge TikTok, Netizen Syak Da’i Syed Tak Faham Bahasa Inggeris?

gempak
15/12/2022
12:50 MYT
Ye ke?
Laman Utama

[VIDEO] Da’i Syed Main Hujan Dengan Isteri, Netizen Pula Akui Sweet Sampai Terseksa Jiwa Raga!

gempak
11/12/2022
01:00 MYT
Tapi sweet tau...