Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Saya Harap Allah Boleh Bawa Abang Alif Pulang Semula Ke Rumah" -  Anak Nora Ariffin Mimpi Arwah Abangnya

ZULHILMI JALIL 21/01/2020 | 03:51 MYT

Penyanyi Nora Ariffin memberitahu bahawa anak bongsunya, Putri Nur Fatehah bermimpi akan arwah abangnya, Alif malam tadi.

Perkara itu dikongsikan Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, 47, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Pagi ni Fatehah bangun daripada tidur. Buka mata, Fatehah cakap, 'Mama, Fatehah mimpi abang Abang Alif. Seronok sangat'.

"Kemudian dia bercerita...sampai habis. Akhir sekali, Fatehah kata, 'Saya harap Allah boleh bawa abang Alif pulang semula ke rumah," tulisnya.

Pagi ni fatehah bangun dari tidur.. Bukak mata... Fatehah ckp... Mama...fatehah mimpi abang Alif... best sgt. Then dia bercerita.....till the end. At the end, fatehah said..... I wish that Allah can bring abang Alif back home. ??? ...... Ya Allah....sesungguhnya hanya engkau yg mengetahui hati seorang ibu yg merindui anaknya & anak kecil yg rindukan seorang abang @ juga papa nya. ??? #mamarindualif Al- Fatihah Alif Johan

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Pada masa sama, pelantun lagu hit Di Persimpangan Delima itu mengakui dia amat merindui arwah anaknya itu.

"Ya Allah, sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui hati seorang ibu yang merindui anaknya dan anak kecil yang rindukan seorang abang, juga papanya. #mamarindualif," luah Nora.

Perkongsian Nora itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang mendoakan agar Nora terus cekal melalui kehidupan mendatang.

"Semoga Allah kurniakan ketabahan buat Kak Nora sekeluarga.

"Ya Allah! Kuat betul dugaan ke atasmu Kak Nora. Namun, kak Nora sangat kuat. Kami semua turut bersedih kak, Al-Fatihah," tulis sebahagian netizen.

Sebelum ini, anak kedua Nora, Mohd. Syakir Alif meninggal dunia secara mengejut pada 14 Disember lalu.

BACA: "Allah Uji Saya Lagi... " - Anak Nora Ariffin Meninggal Dunia

Terdahulu, Nora juga diuji apabila kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer pada 24 Mac 2017.

Hasil perkahwinan, Nora dikurniakan empat cahaya mata, Mohd. Syakir Iman Johan, 26, Mohd. Syakir Alif, 20, Putri Nur Dahlia, 13, dan Putri Nur Fatehah, 7.

#Penyanyi #Nora Ariffin #Penyanyi
;