"Saya Harap Dia Istiqamah" - Norman Hakim Tumpang Gembira Abby Abadi Makin Kurus, Sempat Kongsi Tips 'Eat Clean'!
Gempak
18/07/2024 05:55 MYT
18/07/2024 05:55 MYT
Aktor Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi berhubung imej terkini Abby yang semakin kurus.
Norman Bangga Dengan Abby
Bapa kepada enam cahaya mata itu turut mengagumi kegigihan Abby dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Malah, Norman turut berharap Abby kekal konsisten dalam meningkatkan kecergasan.
“Saya sangat bangga dengan dia, dia sangat berazam kali ini untuk berada dalam posisi yang sihat, matlamat bukanlah kurus semata tetapi lebih kepada sihat.
“Pada saya ia satu contoh yang baik pada kami seisi keluarga dan masyarakat.
“Saya doakan dia istiqamah sebab nak mulakan itu senang, tetapi nak konsisten sangat susah,” katanya kepada Gempak.
Norman ditemui pada pertandingan REDLINE Fitness Games yang berlangsung di Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC), baru-baru ini.
Norman ditemui pada pertandingan REDLINE Fitness Games yang berlangsung di Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC), baru-baru ini.
Tips Norman Kepada Abby
Dalam pada itu, Norman turut memaklumkan dia ada memberi tips kepada Abby terutamanya soal pengambilan makanan sihat.
“Ketika kami keluar, dia ada bertanya tips tentang pemakanan, saya bagi yang asas saja seperti saya kongsi pada dia bahawa makanan tidak bersalah, yang penting kandungan makanan yang diambil kena ‘clean’.

“Contoh nasi, guna beras perang atau basmathi, minyak zaitun, garam Himalaya dan gula perang. Itu sahaja. Yang lain macam makan biasa, portion juga kena jaga.
“Kalau boleh makanan terakhir yang diambil adalah sebelum jam 7 malam, itulah tips yang saya bagi, nampaklah ada kemajuan,” kongsinya.
Terdahulu, Abby Abadi mencuri tumpuan ramai apabila tampil dengan imej lebih langsing.
Malah, pelakon filem Pasrah itu turut berazam enggan lagi memiliki tubuh badan yang besar.
Untuk rekod, Norman dan Abby pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.