Usahawan kontroversi, Nur Sajat kembali mencuit netizen selepas memberi respons terhadap satu hantaran yang dimuat naik di platform X mengenai dirinya semalam.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan menasihati warga Malaysia yang beragama Islam untuk tidak menjadi ‘enabler’ kepada golongn LGBT dengan mempromosikan video-video milik Sajat.



“Malaysian Muslim, sudah-sudahlah jadi enabler kepada golongan LGBT dengan mempromosikan video-video Sajat walau terhibur sekalipun. Sajat ni terlalu banyak dah menghina agama Islam. Sedar ke tak? Paling hina pergi umrah berpakaian wanita.



“Bila rakyat Perancis hina Islam, bukan main lagi bersoladiriti. Tapi bila Sajat hina Islam, boleh buat pekak dan siap RT lagi sebab terhibur. Allahu Musta'an,” katanya.

Susulan daripada teguran berkenaan, Sajat mempertahankankan dirinya dengan menulis: “Aku tak pernah hina Islam, korang yang suka menghukum Sajat dengan mempergunakan Islam.



“Apa yang awak tulis ini, saya harap keturunan awak tak menjadi macam saya. Cakap jangan selalu pandang di atas, takut nanti awak di bawah tersadung kaki bila berjalan. Amin,” tulisnya.

Terdahulu, Sajat mencetuskan kontroversi apabila mengerjakan umrah dengan berpenampilan wanita.

BACA: "Bila Kita Di Sini, Kita Semuanya Sama" - Nur Sajat Bersyukur Selesai Tunai Umrah

BACA: “Sepanjang Perjalanan Semua Ikut Garis Panduan, Cuma Sebaliknya Berlaku Di Sana” – Jawapan Agensi Pelancongan Selepas Dikecam Gara-Gara Sajat

BACA: “Sajat Bertudung Untuk Ambil Gambar Sahaja, Berihram dan Solat Seperti Lelaki Juga” – PU Amin Bersangka Baik​