Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Saya Hilang Impian & Janji Untuk…” - Takziah, Nenek Caprice Meninggal Dunia

Hanafis Haris 27/07/2021 | 07:11 MYT

Penyanyi rap, Caprice berkongsi perkhabaran duka apabila neneknya meninggal dunia awal pagi hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Caprice menerusi satu posting terbaru di Instagramnya.

“Pagi tadi ketika Subuh, saya telah kehilangan nenek.

“Saya juga telah hilang impian dan janji untuk letakkan arwah dalam rumah bersama ibu bapa saya di Kuala Lumpur. Saya juga hilang impian dan janji yang satu hari nanti akan bawa jodoh dan anak untuk dia banggakan,” katanya.

Tambah Carpice, dia meminta maaf kerana tidak menunaikan janji tersebut dan bersama-sama arwah hari ini.

“Al-Fatihah,” katanya.

Menerusi posting itu, Caprice turut memuat naik video pendek memaparkan momen-momen manis bersama arwah neneknya.

Kebanyakan momen tersebut menunjukkan bagaimana neneknya sering berdoa supaya Carpice dipertemukan jodoh.

Apapun, takziah Gempak ucapkan atas pemergian nenek tercinta.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah:

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

#Meninggal Dunia #Nenek #Caprice
;