Hiburan

"Saya Hilang Segalanya, Termasuklah Tawaran Berlakon & Kawan-Kawan" - Soffi Jikan

Amri Hassan
11/07/2018
07:03 MYT
Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah peribahasa yang sesuai untuk kehidupan pelakon Soffi Jikan selepas terpalit dengan beberapa siri kontroversi melibatkan penyalahgunaan dadah serta isu dengan aktor Datuk Farid Kamil.
Soffi atau nama sebenar Mohamad Shoffi Jikan mengakui tidak mendapat sebarang tawaran berlakon malah ada beberapa projek ditarik balik.
"Jujur saya bercerita, selepas apa yang berlaku saya hilang segala-galanya termasuklah tawaran berlakon dan kawan-kawan.
"Selepas kes berkenaan saya tidak mendapat tawaran berlakon. Kalau ada pun, tawaran tersebut dibatalkan tanpa penjelasan.
"Ada juga beberapa projek yang telah dipersetujui sebelum ini meminta saya menulis surat atas alasan menarik diri," kata Soffi.
Sofi ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DA Motion Media dan pelancaran filem Jodoh Syaitan di Lake Park Residence, Selayang.
Terdahulu, Sofi Jikan ditahan polis susulan laporan polis yang dibuat pelakon, Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.
"Saya juga tidak boleh terbabit dalam sebarang program di kaca televisyen. Saya tidak pasti sama ada nama disenarai hitam kerana tidak ada hitam putih. Saya pulak jenis malas nak bertanya dan tidak suka merungut. Nak buat saya, buatlah.
"Dalam masa sama, kawan juga ramai yang lari. Kalau saya hubungi atau menghantar mesej, mereka tidak jawab. Dari situ saya tahu siapa kawan sebenar.
"Walaupun tiada tawaran berlakon, saya tetap positif kerana percaya kepada rezeki.
"Buat masa ini, rezeki saya ke arah perniagaan. Saya lebih fokus kepada perniagaan Bitcoin dan minyak wangi," katanya kepada Gempak.
Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.