Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hollywood

"Saya Ikuti Apa Yang Saya Percaya" - Zayn Malik Tak Mengaku Diri Seorang Muslim

Asraf Aided 19/11/2018 | 07:13 MYT
Penyanyi popular Hollywood, Zayn Malik tidak mengaku dirinya seorang yang beragama Islam.
Menurut sumber, Zayn tidak pernah mendedahkan tentang pegangan agamanya sebelum ini, namun dia sudah bersedia untuk mendedahkannya.
"Saya tak pernah berkongsi mengenai perkara ini sebelum ini, tetapi apa yang boleh saya katakan, saya tidak mengaku sebagai seorang muslim.
"Saya ikuti apa yang saya percaya, saya percaya wujudnya tuhan tetapi saya tidak rasa neraka itu wujud," kata Zayn.
Selain itu, Zayn turut mengatakan dia telah dididik cara Islam oleh ibu bapanya, namun dia diberi kebebasan untuk menentukan kepercayaannya sendiri.
Sumber : British Vogue
;