Laman Utama

“Saya Ingat Birthday Orang Lain…” - Hawa Rizwana Terkejut, Abang-Abang Bomba Sado Buat Surprise!

Shahrin Zulkifle
07/09/2022
03:00 MYT
Pengacara Hawa Rizwana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 hari ini.
Bersempena hari istimewa tersebut, Hawa mengambil peluang untuk mendedikasikan ucapan penghargaan kepada semua insan yang sentiasa berada disekelilignya.
“Alhamdulillah, tanggal 7 September 2022 genap usia saya yang ke 27 tahun. Terima kasih kepada semua yang sentiasa berada bersama saya ketika susah dan senang.
“Saya akan sentiasa mengingati jasa-jasa insan yang banyak menolong saya dari mula pembabitan saya dalam dunia wartawan sehingga sekarang.
“Saya berharap akan sentiasa dikelilingi insan-insan yang baik dan sayang pada saya serta diluaskan rezeki buat mereka,” ujarnya kepada Gempak.
Hawa ditemui usai dia menjadi hos program MeleTop yang berlangsung di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada Selasa.
Malah, Hawa turut menerima kejutan dengan diberikan kek ulang tahun oleh beberapa anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Puchong yang juga merupakan tetamu jemputan bagi program berkenaan.
Sementara itu, ditanya apakah perkara yang masih dikejar dalam hidupnya, Hawa berkata dia sentiasa ingin mencuba sesuatu perkara baharu.
“Saya seorang sangat dahagakan ilmu, saya suka mencuba perkara baharu contohnya saya teringin untuk melakukan aktiviti lasak seperti kickboxing dan sebagainya.
“Selain itu, untuk program pengacaraan pula, saya masih ingin belajar dan mencuba lebih banyak lagi jenis rancangan,” tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Astro Fibre Perkenal Tawaran WiFi Kencang Sepantas Kilat, ‘Kakak Kencang’ Hawa Rizwana Sebagai Duta

gempak
18/07/2024
16:55 MYT
Astro Fibre kini memperkenalkan WiFi Kencang 500Mbps untuk memenuhi keperluan seisi keluarga seiring dengan lebih banyak permintaan untuk internet yang lebih pantas.
Hiburan

Hawa Rizwana ‘Sapu’ Pelbagai Tawaran Dalam Bidang Seni - “Kalau Orang Kata Sebagai Tamak, Bagi Saya Itu Adalah…”

gempak
17/03/2024
11:55 MYT
Dah nama rezeki...
Laman Utama

Watak Dalam The Cadets Tarik Perhatian, Netizen Usik - “Hawa Tu Kenit Kenit, Tapi Samseng Kemain Ek”

gempak
27/12/2023
14:55 MYT
Hawa comel jadi bomba.
Laman Utama

Elyana Kembali Berlakon, Pilih 'Yang Tahu Je Tahu'!

gempak
22/12/2023
09:54 MYT
Lama tak nampak Elyana di kaca televisyen.
Laman Utama

Nabil Ahmad & Hawa Rizwana Join Geng Bermalam Di IKEA, Cool-lah!

gempak
25/10/2023
11:44 MYT
Penampilan khas selebriti, rakaman podcast langsung, persembahan langsung, dan banyak lagi