Hiburan
"Saya Ingat Perompak" - Aliff Syukri Terkejut Peminat OKU Datang Dari Johor Minta Kerja
Pelakon, penyanyi dan usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri terkejut apabila didatangi seorang pemuda kelainan upaya (OKU) ke kediamannya baru-baru ini.
Jelas Aliff, kedatangan pemuda kacak itu dari Johor semata-mata untuk bertemunya selaku peminat setia.
Lebih meruntun hati apabila pemuda itu turut meminta bantuan Aliff untuk memberikannya peluang pekerjaan.
"Hari ini secara tiba-tiba seorang lelaki datang ke rumah saya dan dibawa oleh pengawal keselamatan, saya ingat perompak...
"Dia cakap dia nak jumpa saya. Saya terkejut apabila dia datang tiba-tiba dengan bawa plastik gambar saya.
"Dan dengan gaya yang normal dia nampak begitu segak dan juga handsome..tak sangka dia OKU.
"Dia begitu teruja dapat berjumpa dengan saya... Ini lah kali pertama saya menghadapi pengalaman seperti ini. Dia nak bekerja dengan saya.
"Dan dia peminat saya. Tapi, adakah patut saya mengambil dia sebagai seorang pekerja. Sedih, kasihan, confused semua ada," dedah Aliff menerusi entri di Instagramnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai respon positif daripada rakan selebriti dan netizen.
"Ambil dia Datuk dan Datin," rayu Ras Adiba Radzi.
"Ko baik laaa! Aku dengki dengan ko! Sebab tu aku nak kaya! Aku boleh tolong orang. Aku doa moga Allah pelihara ko dunia akhirat. Yang orang nampak tak penting, yang penting apa yang Allah nampak," tambah Ozlynn.
Malah, keperibadian pemuda itu diakui oleh salah seorang bekas gurunya di sebuah sekolah pendidikan khas di Segamat, Johor.
"Dia memang anak yang baik, rajin dan menghormati orang. Datuk adalah idolanya, ke mana-mana dia pergi dia akan tunjukkan handfone dia yang penuh dengan gambar Datuk.
"Sebaik sahaja tamat persekolahan pendidikan khas dia melakukan pelbagai kerja seperti operator, kerja di kedai makan dan macam-macam lagi," tambah pengguna terbabit.
Must-Watch Video