Laman Utama

“Saya Ingat Saya Kuat…”- Fikiran Terganggu Ketika Pandemik, Alyph Rindukan Arwah Ibu

gempak
Syafiqah Jalal
09/09/2021
02:46 MYT
Sponsor Banner
“Saya Ingat Saya Kuat…”- Fikiran Terganggu Ketika Pandemik, Alyph Rindukan Arwah Ibu
Penyanyi berasal dari Singapura, Alyph akui fikirannya sedikit terganggu sejak pandemik melanda dunia.
Malah menurut Alyph, 32, yang merupakan bekas kumpulan Sleeq itu ruang dan masa yang ada menyebabkan dia lebih banyak teringatkan arwah ibunya yang meninggal dunia pada tahun 2016.
“Dahulu kita tak sampai tahap duduk rumah sampai penat, tonton televisyen sehingga bosan dan kita tak pernah rasa bosan buat benda yang suka tapi sekarang, semua itu sudah terbiasa.
“Sekarang bila berada dalam situasi pandemik ini. Fikiran saya agak bercelaru. Saya suka fikir tentang banyak hal dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
“Contohnya ketika arwah ibu meninggal dunia pada 2016, sukar untuk saya terima kenyataan bahawa dia sudah tiada.
“Sekarang apabila tiada kerja nak buat, kita cenderung untuk ingat balik perkara lama. Suatu ketika, saya ingat saya kuat dan sudah terima hakikat serta lupakan segalanya,” katanya.
Alyph berkongsi perkara tersebut ketika sidang media secara alam maya untuk EP solo terbaharunya berjudul III/III yang baru dilancarkan.
Mengulas mengenai EP tersebut yang hanya memuatkan tiga buah lagu sahaja, Alyph memberitahu kali ini dia memberi sepenuh fokus kepada dirinya sahaja kerana semua lagu adalah solo.
“Saya tak nafikan lagu-lagu yang dimuatkan ada sedikit dari pengalaman saya tapi tidak sepenuhnya. Sesuatu yang saya pernah lalui.
“Ini perkama kali saya bagi sepenuhnya perhatian pada diri saya kerana sebelum ini orang banyak kenal saya bila saya berkolaborasi dengan penyanyi atau rapper lain.
“Lagipun sebelum ini saya rasa saya banyak beri sepenuhnya tenaga saya kepada penyanyi lain , jadi kali ini ini saya mahu focus pada karier saya pula,” katanya lagi.
Tiga buah karya yang dimuatkan dalam EP berkenaan adalah lagu berjudul Adakah Kau Mendengar, Skali Lagi dan Show Me Colours.
Terdahulu, Alyph popular dengan lagu Mimpi bersama K-Clique dan sering berkolaborasi dengan artis terkenal lain Sona-One dan ramai lagi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024