Berita
"Saya Ingin Menjadikan Hari Ini Satu Memori" - Ibu Namakan Bayi Kembar Mereka Covid Dan Corona
Sepasang suami isteri di Chhattisgarh, India, menamakan anak kembar mereka mengikut wabak virus yang melanda ketika ini iaitu Corona dan Covid.
Bayi kembar yang merupakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan itu dilahirkan ketika perintah berkurung (lockdown) yang dilaksanakan di seluruh India bermula 24 Mac.
"Kelahiran kembar ini selepas melalui pelbagai kesulitan jadi saya dan suami mahu menjadikan hari ini satu memori," kata ibu kepada kembar tersebut, Preeti Verma, 27 tahun, kepada agensi berita Press Trust of India.
Menurut pasangan tersebut, nama yang diberikan akan mengingatkan mereka tentang kesulitan dan kesusahan yang dilalui mereka ketika perintah berkurung.
Sumber berita: AP
Nota: Gambar Sekadar Hiasan
Kredit Gambar: doktersehat.com