Hiburan
"Saya Ingin Mohon Maaf Jika Pernah Lukakan Hati Sesiapa .." - Irfan Haris & Keluarga Tunai Umrah Bersama
Penyanyi Irfan Haris berkongsi khabar gembira bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah hari ini.
Menerusi akaun Instagramnya, penyanyi lagu Redha itu memohon maaf kepada semua yang mengenali diri atas kesilapan kata dan kelakuannya.
Pemilik nama sebenar Irfan Haris Othman turut memohon agar dipermudahkan urusan dan perjalanannya di sana bersama ahli keluarga.
"Salam semua, Insya-Allah sekejap saja lagi saya akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
"Saya ingin mohon maaf jika saya pernah lukakan hati sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja.
"Doakan saya selamat sampai dan dapat umrah yang mabrur ya semua," tulisnya.
Peminat dan rakan selebriti turut mendoakan agar urusan penyanyi itu dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.
Selain Irfan, pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni turut berada di sana sejak 28 Disember lalu.
Must-Watch Video