Berita
"Saya Jadi Terlebih Manja Dengan Isteri" - Shah Iskandar Teruja Nak Sambut Baby Oktober Depan
Pelakon Shah Iskandar meluahkan rasa teruja apabila bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isterinya, Siti Sarah Mohd. Noor kini disahkan mengandung anak sulung mereka.
Menurut Shah, mengikut jangkaan doktor, dia bakal menerima kehadiran cahaya mata sulungnya itu pada Oktober ini setelah lebih empat tahun menunggu zuriat selepas berkahwin.
"Apabila pergi buat pemeriksaan dengan doktor, rasa nak tunggu keputusan pengesahan tu, gementarnya lain macam. Rasa berderau tu level bawah sikit je sewaktu ketika nak nikah.
"Waktu dapat tahu tu pun rasa macam betul ke ni? Tertanya sendiri juga sama ada saya ni dah betul-betul bersedia ke.. ye lah nak ada anak sendiri. Pada masa sama, memang teruja," katanya ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu, Shah menerusi satu entri di Instagram berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya kini sedang berbadan dua.
Perkara itu dikongsikan Shah menerusi dedikasi ucapan sempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya dengan menyifatkan tahun terakhir mereka sebagai 'bujang'.
Dalam pada itu, kata Shah lagi, biarpun di bulan Ramadan, isterinya masih mencuba untuk berpuasa penuh.
"Memang dia pun mengalami morning sickness. Mengidam itu ini juga, nak makan macam-macam. Tapi itulah, walaupun di bulan Ramadan ini, dia tetap cuba untuk berpuasa penuh.
"Saya pula sejak isteri mengandung, jadi terlebih manja pula dengan dia," katanya.
Dalam pada itu, kata Shah dia juga tidak kisah sama ada bakals menerima bayi lelaki atau perempuan.
"Janji sihat sahaja cukuplah. Saya pun dah mula beli kelengkapan bayi, tapi tak ada beli ikut spesifik jantina.. beli pun barang-barang yang unisex," katanya.
Shah atau nama sebenarnya, Shah Iskandar Mahfuz, 37, berkahwin dengan Siti Sarah, 34, pada 16 Januari 2016.
Saksikan drama lakonan Shah Iskandar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!