Hiburan

"Saya Janji Akan Jaga Anak-Anak Hingga Hujung Nyawa" - Nora Kenang Arwah Suami Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-28

gempak
Asraf Aided
09/04/2020
10:45 MYT
Sponsor Banner
"Saya Janji Akan Jaga Anak-Anak Hingga Hujung Nyawa" - Nora Kenang Arwah Suami Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-28
Penyanyi Nora mengenang pemergian arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-28 hari ini.
Menurut Nora, dia berjanji akan menjaga anak-anaknya dengan baik sehingga akhir hayat.
"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-28 untuk Nora dan Johan.
"Abang...Nora janji akan jaga anak-anak kita hingga hujung nyawa, Insha-Allah," tulis Nora menerusi entri di Instagram.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian dari para pengikut pelantun lagu Di Persimpangan Dilema ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mereka meninggalkan kata-kata semangat dan menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Johan.
Terdahulu, Allahyarham Johan telah menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live