Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Saya Janji Akan Jaga Anak-Anak Kita Sebaik Mungkin" - Genap 3 Tahun Pemergian Suami, Nora Luah Rasa Rindu

ZULHILMI JALIL 24/03/2020 | 03:09 MYT
Penyanyi Nora Ariffin, meluahkan rasa rindunya terhadap arwah suami, Johan Nawani yang juga merupakan seorang komposer terkenal.
Luahan rindu itu dibuat Nora menerusi satu entri di Instagram miliknya sebagai tanda ingatan sempena genap tiga tahun pemergian suaminya hari ini.
"24 Mac 2020...genap tiga tahun arwah Johan Nawawi kembali ke rahmatullah. Seperti masih tidak percaya Johan sudah tiada.
"Ya Allah...rindunya. Rindu seorang isteri yang tidak pernah terfikir akan kehilangan suami tercinta dalam sekelip mata. Namun itulah ketentuan dan takdir Allah," coretnya.

24 March 2020....genap 3 tahun arwah Johan Nawawi kembali kerahmatullah. Seperti masih tidak percaya johan sudah tiada. Ya Allah...rindunya. Rindu seorang isteri yg tidak pernah terfikir akan kehilangan suami tercinta dalam sekelip mata. Namun itulah ketentuan & takdir Allah. ........... Abang.... Alhamdulilah....anak2 kita baik2 saja, tak lama lagi Iman dah nak jadi ayah, Putri & Fatehah semakin bijak & rajin belajar. I janji akan jaga anak2 kita sebaik mungkin. Miss you..?? Al- fatihah buat arwah Johan Nawawi. Moga kita bertemu disana nanti. In Shaa Allah. #adadalamtiadabynora #jntribute30yrs

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Dalam posting tersebut, Nora turut berkongsi gambar dan video kenangan bersama suaminya.

24 March 2017 Genap 3 tahun berlalu.? #adadalamtiadabynora

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Katanya lagi, biarpun kini terpaksa hidup membesarkan anak-anak sendirian, dia berjanji akan memberikan yang terbaik buat keluarganya.
"Alhamdulilah, anak-anak kita baik-baik sahaja, tak lama lagi Iman dah nak jadi ayah, Putri dan Fatehah semakin bijak dan rajin belajar.
Saya janji akan jaga anak-anak kita sebaik mungkin. Rindu awak. Al- fatihah buat arwah Johan Nawawi. Moga kita bertemu di sana nanti, Insya-Allah," coretnya.
Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 selepas dimasukkan di sebuah hospital akibat serangan jantung.
BACA: Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, namun anak keduanya, Alif Johan juga sudah meninggal dunia pada Disember lalu.
BACA: "Allah Uji Saya Lagi... " - Anak Nora Ariffin Meninggal Dunia
#Nora Ariffin #Meninggal Dunia #Johan Nawawi
;