Laman Utama

“Saya Janji, Ia Tidak Menyakitkan” - Kavitha Sidhu Kongsi Pengalaman Terima Vaksin, Netizen Puji Ini Barulah ‘Influencer’!

gempak
Azwa Rahman
04/05/2021
08:12 MYT
Sponsor Banner
“Saya Janji, Ia Tidak Menyakitkan” - Kavitha Sidhu Kongsi Pengalaman Terima Vaksin, Netizen Puji Ini Barulah ‘Influencer’!
Pelakon dan peragawati Kavitha Sidhu telah menerima suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) dos pertama pada Isnin.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi pengalaman yang ditangkap layar daripada Instagram Kavitha untuk tatapan umum. Menerusi perkongsian itu, Kavitha menerima vaksin pertama AZ bertempat di Putrajaya bagi tujuan mendidik dan menggalakkan orang ramai untuk menerima suntikan ini.
“Saya dapat vaksin AstraZeneca hari ini. Saya janji, ia tidak menyakitkan langsung dan saya benci kena suntik. Terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan semua pekerja yang terlibat.
“Setakat ini saya rasa baik, hanya rasa lenguh-lenguh pada lengan yang menerima suntikan. Saya akan kemas kini perkembangan saya esok. Saya tahu ini pilihan peribadi, tapi saya mencadangkan setiap orang mengambil vaksin mereka.
“Saya buat tanpa ragu-ragu selepas berbincang dengan rakan doktor dan doktor keluarga. Stay safe and get vaccinated. Lagi ramai orang mendaftar, lebih cepat kita dapat tangani virus ini,” kongsi Kavitha lagi.
Sementara itu di ruangan balas, ramai wargamaya memuji bekas ratu cantik ini sebagai ‘influencer’ yang seharusnya dipandang kerana sentiasa memberikan contoh-contoh yang terbaik.
Dahlah selalu promote baju baju kebangsaan dan kebaya. Pergi majlis apa-apa memang selalu samada kurung atau kebaya,” komen seorang wargamaya.
Kavita and Maya ni level-level exclusive punya selebriti. Jarang keluar tapi sekali keluar dia punya impak memang power. Kita sendiri boleh nampak both of them memang humble,” puji seorang wargamaya.
Itu baru betoi function influencers. Ini... asyik buat benda bodoh menyakitkan hati orang biasa. Dah tu kalau mintak maaf “saya minta maaf tapi saya..” dah tu buat lagi. Yang koyak kena hentam terus buat play victim eksyen tekanan bagai padahal diri sendiri buat benda bahalol,” luah seorang wargamaya.
The other “side effet” of this pandemic.Is that it shows the true colours of a person. Whether you’re humble, grateful, patience or otherwise. ”When someone shows you who they are, believe them the first time” (Maya Angelou),” kata seorang wargamaya.
Okay I follow dia, she just too pretty that positive vibes she send. Done follow,” tulis seorang wargamaya.
Influencer mana lagi patut aku follow yang educated macam kavitha ni.. Ak nak unfollow yang tak pape, yang buat sakit hati ni..semak je,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah menerima lebih 11,000 ulang ciap dan 20,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live