Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Jatuh Tertiarap & Hampir Digilis Lori" - Iqbal Lupa Cara Tunggang Motosikal, Terpaksa Harapkan Driver Sebab Hidup Terlalu Sibuk

Amri Hassan
21/01/2022 03:55 MYT
Usahawan dan penyanyi baharu, Iqbal Zulkefli tampil menjawab reaksi lucu dalam kalangan netizen apabila melihatnya kekok menunggang motosikal dalam hantaran video di Instagramnya baru-baru ini.

Jelas Iqbal, sudah lima tahun dirinya tidak menunggang motosikal dan merasai kehidupan bersederhana. Dalam tempoh itu juga, Iqbal terbiasa dengan kehidupan dibantu oleh pemandu peribadi.

"Sudah lima tahun saya tidak terbiasa menunggang motosikal. Kali ini saya lebih suka menaiki motosikal kemana-mana. Hampir setiap hari. Rasa lebih santai dan bebas, sudah lama tidak merasa hidup sederhana begini dan merasa menjadi diri sendiri.

"Kalau di Malaysia setiap kali turun kereta pintu dibuka oleh pemandu peribadi. Kemana pergi ada bodyguard ikut sebelah. Sebenarnya itu kerana terpaksa.

"Saya sebolehnya mahu hidup sederhana. Namun begitulah kehidupan kita, kita ikut saja apa yang sesuai," katanya yang kembali cuba menunggang motosikal di Indonesia.

Melanjutkan cerita, Iqbal mendedahkan dirnya pernah mengalami kemalangan jalan raya melibatkan motosikal yang ditunggangnya ketika berusia 23 tahun hingga hampir digilis lori.

"Ketika 23 tahun, di universiti, saya jatuh tertiarap dan hampir digilis lori. Sejak itu saja tidak bawa motosikal.

"Di alam pekerjaan pun saya sudah bermula dengan dibawa driver kemana-mana. Sehinggakan saya lupa untuk menunggang dengan baik. Untuk ambil gambar pun, adik saya yang tolong letakkan motosikal," katanya.



Malah, tegas Iqbal dia terpaksa mengharapkan pemandu peribadi disebabkan dirinya yang terlalu sibuk untuk memandu kereta sendiri.

"Setelah ada bisnes sendiri, saya beli kereta. Jangan hairan jika driver yang bawa saya kemana-mana kerana kerja saya terlalu sibuk.

"Tidur, sarapan pagi sering dalam kereta. Mereka tidak tahu bagaimana saya bekerja. Tidak semestinya anak raja baru perlu ada driver.

"Jika saya memandu sendiri agak berbahaya kerana fikiran saya sering fokus pada kerja dan perlukan ruang rehat," tambah Iqbal.

#Penyanyi #Viral #Kemalangan #Indonesia #Usahawan #Kereta #Motosikal #Iqbal Zulkefli #Pemandu Peribadi
;