BERITA
Saya Jual Ye Bang! Bukan Sekadar Cerita Romantik Komedi
Filem televisyen yang bakal menghiasi Astro First Eksklusif, Saya Jual Ye Bang! bukan sekadar mempertaruhkan genre romantik komedi.
Menurut Ketua Saluran Astro First Eksklusif dan Astro Best, Sharmin Parameswaran, karya ini bakal menampilkan kisah cinta, kerjaya dan populariti yang dihadapi oleh para perlakon seperti Zizan Razak, Uqasha Senrose, Nadiyah Sahab dan Idris Khan.
"Kami berasakan filem-filem televisyen yang bergenre komedi ini bersifat santai, namun pada masa sama memiliki pengisian padat dan menyeluruh, sering mendapat tempat di hati penonton, terutamanya dalam kalangan seisi keluarga.
"Saya Jual Ye Bang! bukan sekadar telemovie romantik komedi tapi ia merupakan sebuah karya tempatan berkualiti tinggi yang mampu menepati citarasa penonton tempatan umumnya.
"Telemovie ini mengisahkan tentang masyarakat setempat yang sentiasa bekerja keras untuk melalui hari-hari yang mendatang," katanya kepada Gempak.
Selain Zizan dan Uqasha, Saya Jual Ye Bang! turut dibintangi Nadiyah Sahab, Datuk AC Mizal, Idris Khan, Vicha dan penyampai radio Era, Ray.
Datuk Aznil Haji Nawawi dan juga pengacara Go Shop, Raianna Rahman tampil membuat kemunculan istimewa.
Telefilem Saya Jual Ye Bang, akan menemui penontong menerusi Astro First Eksklusif (saluran 480) dan platform digital ‘On Demand’, mulai 14 Mac ini.