Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Juga Anak Seni Yang Struggle” - Beralih Ke Industri Pertanian, Datuk Afdlin Shauki Mula Tanam Sayur?

Hanafis Haris
30/01/2022 00:17 MYT

Siapa sangka penerbit, pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki berani mengambil pendekatan baru dengan menceburi industri pertanian.

Menurut Afdlin, dia kini sedang mengusahakan rumah hijau dengan menanam beberapa jenis sayuran di Sendayan, Negeri Sembilan.

Menurutnya, aktiviti ‘cucuk tanam’ itu sudah bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama apabila kebanyakan kerjaya seni tidak dapat diteruskan seperti biasa.

“Tidak nafi ketika PKP, saya juga antara anak seni yang struggle untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Bukan hanya tidak boleh berlakon, tidak boleh menyanyi mahupun buat persembahan komedi.

“Jadi saya sentiasa berfikir bagaimana caranya untuk menjana pendapatan,” katanya.

Jelasnya, projek tersebut turut mendapat sokongan dan bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Mereka buka beberapa rumah hijau dan saya usahakan dua rumah hijau.

“Antara sayuran yang ditanam adalah daun sup, daun bawang dan kobis.

“Hasil tanaman itu dijual di pasar borong atau pasar tani,” katanya.

Afdlin berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem The Assistant arahan Adrian Teh di The Starling, Damansara baru-baru ini.

#Viral #Pokok #Afdlin
;