Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Saya Kaji Diri Sendiri, Kenali Kebesaran Allah..." - Nasha Aziz

Asraf Aided 09/01/2020 | 06:40 MYT
Aktres jelita, Nasha Aziz akui banyak meluangkan masa untuk mendekatkan diri kepada Tuhan sejak beberapa tahun yang lalu.
Menurut Nasha, meskipun kerjaya lakonan agak perlahan, namun dia gembira kerana dapat menggunakan masa yang diperlolehi kearah kebaikan.
"Saya banyak luangkan masa untuk mengkaji diri sendiri, belajar ilmu agama dan mengenali tanda-tanda kebesaran kuasa Allah SWT.
"Saya selalu bermohon kepada Allah agar dapat dekatkan diri dengan-Nya, saya mahu belajar tentang alam semulajadi, kesihatan dan kesedaran.
"Apabila saya diberi peluang untuk melakukan semua itu, saya bersyukur kerana saya mampu menjaga diri dengan lebih baik," ujar Nasha.
Nasha berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya, Talbis Iblis bertempat di Hatter's Castle, Pulau Carey, Klang pada Selasa.
Bercakap mengenai penglibatan dalam dunia lakonan, Nasha akui harus melihat tawaran dari aspek secara keseluruhan.
"Saya harus melihat tawaran yang diberi kepada saya dari aspek pakej secara keseluruhan.
"Ia bermaksud, saya harus lihat siapakah pengarah, penerbit serta bagaimana naskah yang ditawarkan itu, ia umpama satu pakej lengkap," tambah Nasha.
Selain Nasha, Talbis Iblis turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan ramai lagi.
Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia dan diterbitkan oleh Infinitus Productions itu dijangka menjengah pawagam penghujung tahun ini.
#pelakon #Pelakon #Nasha Aziz
;