Laman Utama

“Saya Kalau Keluar Dengan Mereka Sentiasa Akan Gaduh Bila…”- Nubhan Komen Isu Fitnah Siti Nordiana

gempak
Syafiqah Jalal
28/07/2021
01:35 MYT
Sponsor Banner
“Saya Kalau Keluar Dengan Mereka Sentiasa Akan Gaduh Bila…”- Nubhan Komen Isu Fitnah Siti Nordiana
Penyanyi Nubhan tidak menyangka isu salah faham yang melibatkan rakan duetnya, Siti Nordiana dan beberapa rakan artis lain sampai ke tahap saman menyaman.
Kata Nubhan isu salah faham di antara kawan itu biasa dan sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang baik.
“Kesian rakan duet den (saya) ni. Tak sangka isu kawan-kawan boleh jadi sampai ke tahap saman menyaman.
“Gaduh-gaduh sikit, lepas cakap tu biasalah dalam berkawan. Den pun penah jugak gaduh…pastu baik balik…pastu gaduh kejap…pastu tiba-tiba holiday sama-sama…Macam tu lah ulang-ulang.
“Saya kalau keluar dengan mereka ni sentiasa akan gaduh bila makan…berebut masing-masing nak mengelak bayar. Bukan tak ada duit tapi dah pangai memasing macam tu…Gurau-guraukan…nothing serious…,” katanya.
Nubhan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bersama Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana.
Tambah Nubhan lagi, sesi live di IG untuk bercerita mengenai perihal rakan lain agak melampau dan berharap mereka dapat bermaaf-maafan serta menyelesaikan isu tersebut dengan baik.
“Kawan-kawan ni kalau dah selesa, semua dia cerita, luah. Dari situ kita tau la kelemahan dan ‘gila’ masing-masing. Tapi jangan la buat live adoiiii…Nak cakap lebih kang…masing-masing pon kawan-kawan saya juga.
“Bermaaf-maafanlah…kita tak nak tau pun siapa betul siapa salah…everyone learned their lesson. Bila jadi sesuatu perkara, sure masing-masing ada salah…Dah Namanya kawankan? Memang mulut longkang tu perkara biasa. Tu juga yang kita kawan, malah itu juga yang dah bertahun-tahun pon…
“Cukuplah jangan bergaduh. Bukan nak backup sesiapa. Cuma nak tengok la korang ni bedamai…,” pintanya lagi.
Terdahulu, isu tercetus apabila nama Nana disebut dalam sesi siaran langsung di Instagram penyanyi Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.
Pada sesi itu Shiela meluahkan rasa terkilan apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana. Malah, ia menjadi medan untuk mereka meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini membabitkan konflik yang berlaku.
Bagi membersihkan nama Nana, notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka sudah dihantar oleh pihaknya menerusi peguamnya kepada lima individu terbabit melalui e-mel dan juga serahan tangan, pada Isnin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live