“Saya Kat Rumah Ibu Ni Sayang..” - Terkantoi, Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Ada Apa-Apa Ke?
Azwa Rahman
02/09/2021 23:42 MYT
02/09/2021 23:42 MYT
Pelakon Yusuf Bahrin mencuri perhatian wargamaya apabila memanggil penyanyi Zizi Kirana dengan gelaran ‘sayang’.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi satu klip video yang diambil daripada sesi live pasangan tersebut di Instagram.
Menerusi perkongsian itu lagi, Yusuf, 29, yang berada di rumah ibunya bersembang bersama Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36.
“Saya kat rumah ibu ni sayang. Ehhh, nooo.. ibu sayang. Saya panggil ibu sayang,” kata Yusuf yang tersipu malu selepas menyedari dia ‘terkantoi’.
Lebih menarik perhatian ramai adalah penampilan Zizi yang tampil berniqab.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya suka dan merestui jika pasangan ini benar-benar menjalinkan hubungan cinta.
“Dah agak dah, haritu aku punya stalk, rasa diorang ni macam ada something. Apa salahnya kalau jodoh mereka berdua,” kata seorang wargamaya.
“‘Saya kat rumah ibu ni sayang’, elehhh nak cover,” usik seorang wargamaya.
“Tak salah pun kalau dioran ni in a relationship. Lagi elok dihalalkan cepat,” pesan seorang wargamaya.
“Comel je, semoga dipermudahkan kalau jodoh tak kemana. Suka sangat tengok Zizi lately ni. Makin bertambah cantik sopan je,” tulis seorang wargamaya.
“Bagai pinang dibelah dua ye haaa gitu,” ujar seorang wargamaya.
“Alaa sweetnya terkantoi sayang,” komen seorang wargamaya.
“Sama cantik sama padan, semoga dipermudahkan,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 350,000 tontonan daripada warga TikTok.