Berita

“Saya Kaut Najis Manusia Untuk…”- Fazley Yaakob Dedah Pernah Kerja Cuci Tandas

gempak
Syafiqah Jalal
14/07/2020
04:52 MYT
Sponsor Banner
“Saya Kaut Najis Manusia Untuk…”- Fazley Yaakob Dedah Pernah Kerja Cuci Tandas
Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia pernah bekerja sebagai pencuci tandas ketika menyambung pengajian dia luar negara satu masa dahulu.
Menurut Fazley pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila terpaksa mengaut najis dan muntah dari lantai tandas.
“Pemilik atau Chef restoran mop lantai?! Why not?!
“Hari ini restaurant jenama kedua saya @minangtapau dibuka di tapak yang lebih luas di Bukit Damansara. Memang agak sibuk kami semua menyediakan menu, susun kerusi meja, bersihkan lantai dan malahan mencuci tandas.
“Mungkin ramai tak tahu, sebelum-sebelum ni, antara kerja-kerja yang saya pernah buat: Mencuci tandas di luar negara sampai terpaksa kaut muntah dan najis manusia di atas lantai untuk dimasukkan ke lubang tandas (semasa bergelar pelajar universiti).
“Selain itu, menjadi mascot pakaian arnab sambil jual coffee (sampai kena ludah di muka dengan kahak hijau), menjual pucuk-pucuk muda dan daun-daun herba di pasar malam dan juga menjadi Pam Attendan stesen minyak,” katanya.
Fazley mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik video yang merakamkan dirinya sedang mop lantai.
Justeru, Fazley memberitahu kerja-kerja mengemas dan mop lantai tidak menjadi masalah baginya meskipun sudah memiliki dua buah restoran.
“Jadi apabila menjadi pemilik restoran, apalah sangat kerja-kerja mop lantai, mengemas meja, mencuci pinggan, dan juga mencuci tandas,” katanya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang sedikit sebanyak mendapat inspirasi daripada perkongsian itu.
Owner/Chef pun mop lantai?! Why not?! ? Hari ini restaurant jenama ke-2 saya @minangtapau dibuka di tapak yang lebih luas di #BukitDamansara Memang agak sibuk kami semua menyediakan menu, susun kerusi meja, bersihkan lantai dan malahan mencuci tandas. Mungkin ramai tak tahu, sebelum2 ni, antara kerja-kerja yang saya pernah buat: Mencuci tandas di luar negara sampai terpaksa kaut muntah dan najis manusia di atas lantai untuk dimasukkan ke lubang tandas (semasa bergelar pelajar universiti), menjadi mascot pakaian arnab sambil jual coffee (sampai kena ludah di muka dengan kahak hijau), menjual pucuk2 muda dan daun2 herba di pasar malam dan juga menjadi Pam Attendan stesen minyak. Jadi apabila menjadi pemilik restaurant, apalah sangat kerja2 mop lantai, mengemas meja, mencuci pinggan, dan juga mencuci tandas. Apa lagi kerja2 yang korang pernah buat sebelum ni? Share boleh?
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live