Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Saya Kelihatan Amat Sengsara”- Kena Minum ‘Air Gula’ Di Kehamilan Kedua, Ummi Nazeera Terima Banyak Tips Elak Muntah!

Syafiqah Jalal 02/03/2021 | 09:41 MYT
Pelakon Ummi Nazeera akui dirinya rasa amat sengsara ketika cuba meminum air gula yang diberikan oleh doktor.
Menurut Ummi dia berasa pening selepas minum air gula atau ujian saringan mengesan kencing manis ketika hamil.
“Nampak video sebelum ni happy je kan ? Haaa itu sebelum kena minum air gula . Saya kelihatan amat sengsara di sini.
“Nak kena makan @nazeerafood dalam kereta untuk hilang kan fening fening ni,” katanya berseloroh.
Ummi yang kini hamil anak kedua itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Ummi memuat naik rakaman video ketika cuba menelan air gula itu sambil ditemani suaminya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya terutama ibu-ibu yang mempunyai pengalaman yang sama telah memberikan tip mudah minum air gula.
“Minum sedikit-sedikit memang terasa...Kena minum sekali jalan sambil tahan nafas. Ni saya buat masa hamil anak nombor 4,” komen salah seorang pengikutnya.
“Prefer yang ada perisa oren daripada kosong...yang kosong macam minum icing sugar...keluar muntah buih...,” kata salah seorang warga net
“Hahaha saya kena minum air gula sekali sedut! Sebab haus lepas tu tidur taknak bagi muntah,” nasihat salah seorang netizen.
Ummi dan suami, Dr. Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

#Anak #Ummi Nazeera #Hamil #Mengandung #Air Gula
;