“Saya Keluar Dengan Single Solo Kerana…”- Adi Priyo Perjelas Status Dengan Sixth Sense

Syafiqah Jalal
Januari 16, 2019 09:45 MYT
Vokalis Sixth Sense, Adi Priyo akui masih kekal bersama kumpulannya meskipun dalam masa yang sama bergerak solo untuk single terbaharunya.
Adi Priyo yang baharu sahaja melancarkan single berjudul Cinta Mati berkata dia mempunyai sebab mengapa dalam masa yang sama tetap mahu bergerak solo.
“Saya bergerak solo kerana genre yang saya pilih tidak sama dengan kumpulan Sixth Sense jadi saya lebih bebas berkarya.
“Bagaimanapun saya masih lagi bersama Sixth Sense untuk segala komitmen termasuk persembahan dan sebagainya.
“Saya sayangkan kumpulan saya kerana sudah 13 tahun kami bersama dan ia ibarat keluarga saya,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai single terbaharunya, Adi memberitahu ia berkisarkan mengenai pengorbanan seorang insan terhadap cinta abadinya.
“Lagu ini boleh diinterprestasikan dalam pelbagai makna iaitu kepada manusia atau Tuhan. Terpulang kepada pendengar asalkan ia memberi nilai yang positif,” katanya lagi.
Muzik video lagu ciptaan composer Indonesia iaitu Garuda itu boleh ditonton di Youtube mulai Khamis lalu.
#Penyanyi #Single #Penyanyi #Adi Priyo #Adi Sixth Sense #Sixth Sense