,
Hiburan

Saya Kembali Berlakon Kerana Michael Ang – Zizie Izette

Fiza Kamarudin
01/06/2017
07:04 MYT
Setiap malam Isnin hingga Khamis, pasti ramai yang menantikan kemunculan watak Puan Sri Mawar yang dibawa oleh pelakon Datin Seri Zizie Izette dalam drama Hero Seorang Cinderella (HSC).
Astro Gempak yakin ramai yang sakit hati melihat Puan Sri Mawar dan anaknya Puteri (Uqasha Senrose) yang selalu membuli Medina (Nur Fazura.
Lakonan sebagai ibu tiri yang dibawa Zizie sangat berkesan sehingga ada penonton HSC yang marahkan Puan Sri Mawar kerana sering mencari kesalahan Medina.
Namun ada juga yang memuji Zizie kerana watak Puan Sri Mawar yang dibawanya menjadi, walaupun sudah lama tidak berlakon.
Zizie menerusi siaran langsung MeleTop pada malam Selasa lalu memberitahu, dia terbuka hati untuk kembali berlakon adalah disebabkan Michael Ang.
“Saya menerima tawaran untuk kembali berlakon kerana Michael. Berterima kasihlah kepada dia kerana dia yang bertanggungjawab membawa saya kembali selepas ‘berehat’ panjang.
“Selepas ini saya tidak mahu lagi berehat terlalu lama kerana lapan tahun saya berhenti, bila masuk set balik saya terlupa teknik berlakon.
“Nak dapatkan balik teknik itu semua, bukan perkara yang mudah. Dan yang menjadi masalah utama saya ialah apabila ‘nervous’ menguasai diri,” katanya kepada pengacara MeleTop, Nabil dan Neelofa.
Sementara itu pengarah HSC Michael Ang memberitahu, watak Puan Seri Mawar dan Puteri memang sengaja dicipta untuk dibenci tetapi disayangi dalam masa yang sama.
“Kalau anda baca novel, watak ibu dan kakak tiri Medina berbeza dengan yang kami bawa ke kaca televisyen,” ujarnya.
Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella yang bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Liam Payne Dituduh Terlalu Obses, Bekas Tunang Minta Berhenti Ganggu

gempak
16/10/2024
15:00 MYT
Bekas tunang kepada Liam Payne, Maya Henry mendedahkan lelaki tersebut bersikap terlalu obses, sering menganggu dan kurang menyenangkan selepas hubungan mereka terlerai.
Hiburan

Tiada Halangan Untuk Berjumpa, Ada Sebab Fatin Afeefa Bimbang Nak Lepaskan Anak Perempuan Bermalam Dengan Adam Shahz - “Sebagai Ibu, Sudah Tentulah Saya…”

gempak
14/10/2024
06:10 MYT
Pelakon Fatin Afeefa berasa bimbang untuk melepaskan anak perempuannya bermalam dengan Adam Shahz, disebabkan kediaman bekas suaminya itu merupakan sebuah pejabat yang juga menguruskan rumah kebajikan.
Hiburan

Mierul Aiman Setuju Pelakon Perlu Belajar Seni Mempertahankan Diri - "Selalunya Saya Menggabungkan Teori & Praktikal ..."

gempak
14/10/2024
05:55 MYT
Pelakon Mierul Aiman, mengakui tidak bersetuju jika seorang pelakon tidak mempelajari seni mempertahankan diri sebelum memasuki set penggambaran yang melibatkan lagak aksi yang mencabar.
Hiburan

Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Dapat Sambutan Hebat Dari Indonesia - "Pemainnya Fresh, Musiknya Keren"

gempak
13/10/2024
08:59 MYT
Selepas enam episod bersiaran di saluran Astro Ria, platform Astro Go dan sooka, drama adaptasi Jepun, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi turut menambat hati penonton dari negara jiran, Indonesia.
BorakSeeni