Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Kena Buat Check Up Setiap Minggu" - Mat Yo Dedah Alami Anxiety Disorder Kerana Tekanan Kerja

Amri Hassan
21/11/2021 23:46 MYT
Penyerang Sarawak United FC, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo mendedahkan dirinya kini berdepan anxiety disorder.

Hal itu secara tidak langsung menjawab misteri kehilangan pemaik senior kebangsaan berusia 35 tahun itu selama beberapa ketika.

"Kepada yang bertanyakan ke mana saya menghilang… ini jawapan saya ‘anxiety disorder secondary’ due to work stress (kerana tekanan kerja).

"Saya kena buat buat ‘check-up every week’ (pemeriksaan setiap minggu) sebab darah naik terlalu tinggi.

"Doakan yang terbaik. Hanya Allah dapat membalas kebaikan anda semua. Siapa jumpa saya akan kata saya kurus tak sihat.

"Saya tidak pernah kena macam ini, mungkin ini dugaan saya," tulisnya.

Dalam pada itu, Mat Yo turut mengulas mengenai isu tunggakan gaji pemain dan pegawai yang masih belum selesai.

"Jangan ingat saya terima gaji bila saya main semalam. Tidak, gaji masih belum terima.”

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!



#Viral #Sukan #Bola Sepak #Sarawak #Anxiety Disorder #Mat Yo
;