Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Kena Gayakan 26 Jenis Fesyen Rambut" - Jasmin Hamid Buka Cerita Ketika Jadi 'Minah Kaunter'

ZULHILMI JALIL
07/09/2020 03:31 MYT
Pelakon Jasmin Hamid mengimbas kembali pengalaman awalnya ketika mula-mula membabitkan diri dalam dunia lakonan kira-kira dua dekad yang lalu.

Menurut Jasmin, antara naskhah awal yang dibintanginya adalah sitkom Bas Mini yang memerlukan dirinya menggayakan pelbagai fesyen rambut dalam setiap episod.

"Throwback drama bersiri Bas Mini. Masa awal penglibatan saya sebagai anak seni. Umur pun awal 20-an lagi.

"Mungkin anda pun ada yang tak lahir lagi. 25 tahun yang lepas kot. Saya kena gayakan 26 jenis fesyen rambut masa ni. Maklumlah jadi counter girl (penyambut tetamu)," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Jasmin turut berkongsi gambar lamanya yang pernah diterbitkan di sebuah akhbar tempatan ketika menjayakan naskhah tersebut.

"Masa ini saya sangat gementar sebab dikelilingi oleh pemain-pemain hebat Malaysia.

"Antaranya arwah seniman R. Jaafar, seniman Mat Over, Mahmud Ali Bashah, Khatijah Tan dan ramai lagi. Jurusolek masa ni, Mohamad Jumal. Pertama kali berlakon sitkom pula tu. Cerita komedi," katanya.

Throwback.. Drama bersiri #basmini Masa awal penglibatan saya sebagai anak seni.. Umur pun awal 20an lagi..maybe uols pun ada yang tak lahir lagi.. 25 tahun yang lepas kot.. Saya kena gayakan 26 jenis fesyen rambut masa ni.. Maklumlah jadi counter girl.. . . Masa ni saya sangat nervous sebab di kelilingi oleh pemain-pemain hebat Malaysia.. Antaranya arwah Seniman R. Jaafar ,Seniman @matover_mo , Seniman @mahmudalibashah_official, Seniwati @tankhatijah dan ramai lagi.. Mua masa ni Seniman @mohamadjumalbinmohd .. Ist time berlakon sitcom pulak tu.. Cerita comedy.. . . Siapa sempat rasa naik BAS MINI? ??? . . ? @raifal Hebat Bukan?

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


Di ruangan komen, rata-rata mengakui masih mengikuti dan memuji bakat lakonan Jasmin sehingga kini yang masih menyengat.

"Zaman ni banyak sitkom, semua best.

"Saya ingat lagi sebab saya peminat lakonan Jasmin, kenangan Bas Mini 33.

"Rindu Datin Hayati tak? Suka sangat lakonan Jasmin Hamid." komen sebahagian pengikutnya.

Jasmin atau nama sebenarnya, Jasmiah Abdul Hamid, 48, mula berkecimpung dalam dunia hiburan selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 1990/1991.

Sepanjang penglibatannya, Jasmin pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 1997.

#Fesyen #Jasmin Hamid
;