Pelakon Hisyam Hamid berdepan cabaran untuk kelihatan muda, selari dengan watak yang dibawanya dalam drama bersiri Alamatnya Cinta.

Alamatnya Cinta yang bakal disiarkan di slot Megadrama Astro merupakan drama bersiri adaptasi daripada drama popular Korea, Full House.

Full House merupakan drama bersiri Korea yang mencuri perhatian peminat serata dunia pada tahun 2004 dan dibintangi oleh Song Hye-kyo dan Rain.

Dah nak start dah kisah Full House edisi Malaysia, Isnin ni tau, serupa tapi berbeza ...apa yg sama, apa yg lain, tgk la nanti #AlamatnyaCinta Mulai 20 Ogos 2018 Setiap Isnin - Khamis 10.00 malam Astro Ria104 & RiaHD123 #megadrama #AlamatnyaCinta #myfullhouse #fullhouseMY #ACFH @hisyamhamid7 @hannahdelisha @hangriii @fahadiman @cikmanggis @yusryabdhalim

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

It’s Sunday guys! So jgn stress² kami stress tak apa sebab kami tgh bekerja ? • #AlamatnyaCinta coming soon 20hb Aug #MyFullhouse

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on

Ellie & Faliq.. Ellie selalu buli Faliq sebab tu rambut Faliq macam tu ? #MYFullhouse #Hisyamelters #HisyamHamid

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on


"Dalam versi Malaysia, saya membawa watak sebagai Faliq. Cabarannya adalah saya kena kelihatan muda untuk menjayakan karakter ini.

"Saya telah menonton versi asal drama ini dan sedaya upaya memahami karakter yang diberikan. Saya berharap penonton dapat menerima dan memberi sokongan terhadap Alamatnya Cinta," kata Hisyam.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Alamatnya Cinta di slot Megadrama, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Hisyam