Laman Utama

“Saya kena Pakai Mask Masa Tidur..” - Elfira Loy Resah Anak & Suami Demam Panas

gempak
Azwa Rahman
27/07/2022
15:49 MYT
Sponsor Banner
“Saya kena Pakai Mask Masa Tidur..” - Elfira Loy Resah Anak & Suami Demam Panas
Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa resah apabila anak sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf mengalami demam panas.
Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Mohd Sabri, 28, dia berdepan malam paling panjang kerana selain Rayyan, suaminya turut mengalami demam yang sama.
“Musim sakit, dua hari lepas suami El demam pastu jangkit dekat El. Lepas tu Rayyan pulak. Semalam it’s the longest night for me. I don’t think it will be easy if my mom wasn't there.
“My husband sebab dia sakit dada lah sakit kepala lah so dia duduk je dalam bilik dekat atas.
While me, i have to wear mask while sleeping, breastfeed and taking care of the kids. Fuhh luckily it wasn’t Covid and tak lama. Kalau tak memang nangis dulu,” ujarnya menerusi ruangan kapsen di Instagram.
Dalam pada itu, El turut memuat naik foto sewaktu menjaga anaknya yang sakit untuk tatapan umum.
Tambahnya lagi, dia berharap demam anaknya surut dengan kadar segera kerana tidak sanggup melihat Rayyan merengek pada waktu malam.
Last one to recover mestilah budak yang taknak makan apa-apa ni. He was up all night semalam crying feeling uncomfortable. Nak nangis dengar mommy please mommy please.
“Haihlah anakku, tapi temperature dia ok sikit ni dari semalam sebab tok mama dia tak tidur basahkan badan supaya panas surut.
“Pagi ni alhamdulillah, setelah 10 kali offer food chicken jugak dia okay nak makan and tidur. Insyallah bila kenyang, dah rest well akan cepat sembuh,” jelasnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan cepat sembuh buat anak dan suaminya.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 19,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live