Berita

“Saya Kenal Sarah Waktu Saya Bukan Siapa-Siapa...Tapi Dia Ikhlas Terima Saya Seadanya. Itu Yang...”- Shuib Sepahtu

gempak
Syafiqah Jalal
23/02/2019
01:07 MYT
Sponsor Banner
“Saya Kenal Sarah Waktu Saya Bukan Siapa-Siapa...Tapi Dia Ikhlas Terima Saya Seadanya. Itu Yang...”- Shuib Sepahtu
Pelawak Shuib Sepahtu mendedahkan perkenalannya dengan isteri Siti Sarah adalah ketika diirinya tidak dikenali ramai seperti sekarang.
Namun menurut Shuib dia terharu, Sarah yang merupakan selebriti popular telah menerimanya seadanya.
Keikhlasan pelantun lagu Semakin itu telah membuatkan Shuib mahu memberi segalanya ketika sia senang agar isterinya bahagia.
“Saya kenal Sarah waktu saya bukan siapa-siapa lagi.
“Dia ada peminat, popular… tapi dia ikhlas terima saya seadanya.
“Itu yang buat saya rasa macam nak bagi dia macam-macam bila senang, biar dia happy,” tulisnya.
Shuib berkongsi luahan rasa itu di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya memuji sikap suami isteri itu kerana saling sayang menyayangi.
Mereka turut mendoakan agar pasangan itu dimurahkan rezeki.
Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live