Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

“Saya Kini Lebih Bahagia…”- Noryn Aziz Akui Sudah ‘Move On’

Syafiqah Jalal 28/02/2020 | 00:05 MYT
Penyanyi Noryn Aziz akui kehidupannya kini lebih bahagia bersama anak kesayangannya, Raja Bariq Umar Shah yang berusia enam tahun.
Namun, Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abd Aziz memohon untuk tidak mahu menjelaskan apa-apa mengenai statusnya sama ada masih berkahwin atau tidak dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah.
“Saya benar-benar bahagia dengan kehidupan saya sekarang, lebih-lebih disamping anak tersayang.
“Apa yang berlaku sudah pun berlalu dan kini masanya untuk saya ‘move on’ kerana saya tahu masa depan saya cerah,” katanya kepada Gempak.
Noryn ditemui selepas pelancaran pembukaan butik Bokitta baharu yang terletak di Suria KLCC.
Tambah Noryn lagi, dia kini mahu memberi fokus kepada dirinya sendiri kerana dia akui sedang melalui satu fasa yang indah.
“Apa yang penting, saya kini mahu memberi fokus kepada diri saya sendiri untuk menyanyangi diri ini dan lakukan apa sahaja yang saya suka.
“Saya dapat rasakan perjalanan kehidupan ini sangat indah.
“Lagipun kehidupan ini kita tidak boleh tersekat di situ sahaja. Kita perlu cuba untuk mencari kebahagiaan itu untuk jadi lebih kuat,” katanya lagi.
Terdahulu, Noryn dan suami dikatakan telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu pada 1 April 2018 untuk menghadiri sesi majlis sulh pertama. Namun sehingga kini status perkahwinan mereka masih belum diketahui.
Noryn dan suami bernikah pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raja Bariq Umar Shah, 4.
#Kahwin #cerai #Kahwin #Noryn Aziz #Bahagia