Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Saya & Kmy Kmo Tak Gaduh" - Luca Sickta

Ainun
23/09/2024 14:25 MYT
Penyanyi rap, Luca Sickta menjelaskan hubungannya dengan rakan duet Kmy Kmo masih baik.

Menurut Luca, atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin, 35, mereka kini lebih fokus kepada keluarga memandangkan masing-masing sudah berumahtangga.

“Saya dan Kmy tidak bergaduh. Kalau kami gaduh pun hanyalah gaduh adik-beradik. Apa yang saya boleh katakan adalah hubungan saya dengan Kmy masih okay.


"Buat masa ini, kami tidak bergaduh. Cuma sekarang, kami lebih fokus kepada kehidupan masing-masing kerana sebelum ini kami terlalu kerap menghasilkan lagu, dan rasanya kami kurang meluangkan masa untuk keluarga," katanya kepada Gempak.

Meskipun mereka kini lebih fokus kepada kehidupan berkeluarga, mereka tetap meneruskan kerjasama dalam industri.

BERITA TRENDING: Sebijik! Peminat Terkejut Tengok Penampilan Terkini Saharul Ridzwan – “Maaf, Mula-Mula Tengok Macam…”

BERITA TRENDING: Kontraktor Umur 51 Tahun Dituduh Bunuh Bekas Pelumba Motosikal Negara Elly Idzlianizar

BERITA TRENDING: Puteri Sarah Luah Rasa Syukur Syamsul Yusof Pulang Ke Pangkuan Keluarga - “Saya Hanya Boleh Katakan…”

BERITA TRENDING: Fizz Fairuz Jernihkan Persoalan Tentang Jantina Anak Kelima! - "Kami Telah Dikurniakan..."


Untuk rekod, kolaborasi magis Luca Sickta dan Kmy Kmo telah menghasilkan pelbagai karya hebat tanah air antaranya 7 Nasihat, Neraca, Zuhud, Budi, Gong Nekara dan banyak lagi.

#Gaduh #Kmy Kmo #Luca Sickta #Luca #Kmo #Kmy #Sikta