Berita
“Saya Koma Selama 5 Hari…”- Adam Hamid Throwback Ketika Terkena Jangkitan Paru-Paru
Pelakon drama, Adam Hamid, 46, tidak menyangka dia kini dapat menjalani kehidupan seperti biasa meskipun pernah berada dalam keadaan koma selama lima hari sekitar dua tahun lalu.
Mengimbau kembali kenangan ketika dirinya jatuh sakit dan terkena jangkitan kuman pada paru-paru itu, Adam akui bersyukur dengan kesihatannya kini.
“Pada hari ini, 9-7-2017 genap 2 tahun saya dimasukkan ke PPUM kerana jangkitan kuman pada paru paru ketika berumur 44 tahun (sekarang dah 46 ).
“Koma selama 5 hari... Dan Mengikut kata doktor pada ketika itu peluang utk saya hidup hanya 50-50.
“Tetapi Alhamdulillah, Allah lebih berkuasa di atas segala galanya. Terima kasih Allah.
“Memberi peluang buat hamba-Mu ini kembali bernafas untuk kali kedua, mensyukuri segala nikmat untuk menjadi insan yang lebih baik dan untuk terus sujud kepada-Mu.
“Alhamdulillah terima kasih Ma, Abah, Anakanda @haidzir41 , Along, Angah, Ucu, Kakak ipar kak Zura, kak Ana, Ku Ang, Kim Chyn, adik ipar, sanak saudara di KL dan kampung, Sahabat syurga @ferozmikhailkhanahj, para Ustaz serta semua sahabat di media sosial yang telah mendoakan saya selama ini
“Hanya kepada Allah saya bermohon untuk merahmati segala kebaikan kalian, Aminnnn,” tulisnya
Adam mengimbau perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto ‘throwback’ ketika jatuh sakit pada tahun 2017.
Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata mendoakan agar dia diberikan kesihatan yang bertambah baik.