Hiburan

"Saya Kuarantin Dia 10 Tahun ..." - Syazwan Zulkifly Belum Ada Tarikh Kahwin

gempak
Amri Hassan
21/10/2019
08:34 MYT
Sponsor Banner
"Saya Kuarantin Dia 10 Tahun ..." - Syazwan Zulkifly Belum Ada Tarikh Kahwin
Pelakon Syazwan Zulkifly menjelaskan masih belum memutuskan tarikh perkahwinannya dengan tunang, Syawariah Zulkifli.
Kata Syazwan, masing-masing masih mengejar matlamat dalam kerjaya dan seandainya sudah tiba masa sesuai, mereka akan mengumumkan tentang hari bahagia.
"Saya dan tunang terbuka dan kami punyai banyak perancangan lagi, tetapi seandainya kami ditakdirkan berkahwin dalam tempoh terdekat atau lagi lambat, kami terima.
"Kami berkawan selama 10 tahun dan dia sangat memahami. Dia tahu kisah saya, jatuh bangun saya dan tiada apa yang perlu kami sorok antara satu sama lain.
"Percaya itu kunci dalam perhubungan kami, saya percayakan dia dengan kerjayanya sebagai pramugari sepertimana dia percayakan saya sebagai seorang pelakon," katanya kepada Gempak.
Syazwan yang ditemui pada majlis sidang media Anugerah Skrin 2019 di De.Wan by Chef Wan Kuala Lumpur baru-baru ini akui mengambil masa lama untuk membawa tunangnya itu bertemu dengan ibunya.
"Saya kuarantin dia selama 10 tahun sebelum bawa berjumpa dengan keluarga saya.
"Tambah pula saya takut untuk mengenali wanita dan mencari yang yang paling tepat," tambahnya.
Syazwan dan Syawariah yang masing-masing berusia 32 tahun memutuskan untuk bertunang pada 31 Ogos lalu di Taiping, Perak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live