Laman Utama
"Saya Layan Kawan Perempuan Semua Sama Saja" - Amir Masdi Tetap Tenang Jawab Gosip Cinta, Hanya Akan ‘Contact’ Dengan Shila Amzah Untuk…
Tenang menjawab gosip cinta dengan peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) iaitu Shila Amzah, penyanyi Amir Masdi menganggap ia perkara yang biasa dalam dunia hiburan.
Menurut Amir, dia tidak pernah menghubungi Shila untuk berborak mengenai gosip cinta memandangkan hubungan mereka sekadar rakan selebriti yang bermain badminton bersama.
“Bagi saya, benda ini (gosip cinta) normal bila peminat tengok seseorang yang mereka idolakan rapat dengan seseorang yang idolakan juga, jadi macam terfikir mereka ada apa-apa ke.
“Padahal tak ada apa-apa pun. Kami pun tak ada pula contact untuk borak fasal ini sebab bagi saya, macam kalau contact tu hanya sebab kerja atau tanya pergi atau tak badminton.
“Hanya contact bila ada benda yang perlu contact saja. Tapi untuk isu atau gosip ini, kami memang tak pernah contact pun,” kata Amir kepada Gempak.
Amir mengulas mengenai gosip cinta dia dengan Shila ketika majlis penyampaian Anugerah Dekan UUM di Hotel Royale Chulan, Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.
Sebelum ini, penyanyi lagu Kau Sakiti itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Shila selepas mereka kerap dilihat bersama.
Sementara itu, Amir turut menegaskan dia belum terfikir untuk mencari pasangan hiduo buat masa kini kerana ingin menumpukan kepada pengajian dan karier seni.
“Saya layan kawan perempuan saya semua sama saja. Dan sama juga saya akan buat sampai sekarang, tak perlu nak cover sebab kalau betul berkawan, saya tak perlu nak cover.
“Sekarang pun saya masih single tapi belum lagi nak mencari. Saya nak selesaikan pengajian di UUM, nak bagi karier betul-betul stabil dan mungkin baru slowly cari partner,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video