Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Saya Lebih Dikenali Selepas MLM 2017 - Jiggy Masin

Rozaimi Zubaidi
06/06/2017 08:05 MYT
Pelawak Jiggy mengakui orang ramai mula mengenali dirinya selepas menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017).

Jiggy atau nama sebenarnya Mohamad Aizat Ahmad Nazri, berkata, gabungan bersama kumpulan Masin ternyata memberi kesan positif terhadap kerjaya seninya sebagai seorang pelawak.

"Sebenarnya saya telah menceburkan diri dalam dunia hiburan sudah lima tahun sejak menyertai program Raja Lawak musim keenam.

"Namun selepas menyertai MLM 2017, nama saya sudah mula dikenali dan ada juga peminat yang menegur serta mengajak saya bergambar bersama.

"Ternyata perubahan ini memberi kesan positif kepada kehidupan saya daripada orang tidak mengenali siapa Jiggy, kini orang sudah menyedari kehadiran saya dalam industri," katanya kepada Astro Gempak.

Jiggy berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran program Sukan Ke Laut, di Sports Affairs, Cheras, baru-baru ini.

Tambah Jiggy meskipun namanya kurang dikenali sebelum ini, namun dia tidak pernah berputus asa dalam bidang hiburan.

"Saya tidak pernah mengalah dalam mengejar cita-cita untuk menjadi seorang penghibur dan berharap agar kehadiran saya akan diterima dalam industri hiburan tanah air," ujarnya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#Pelawak #Jiggy Masin