Hiburan
"Saya Lebih Selesa Berkawan Dengan Lelaki, Less Drama" - Sissy Iman
Penyanyi, Sissy Iman akui lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding perempuan.
Menurut Sissy, kaum lelaki lebih senang bergaul dan kurang unsur-unsur 'drama' dalam persahabatan.
"Sebenarnya, dari kecil lagi Sissy suka berkawan dengan lelaki, kalau kawan perempuan tu macam boleh kira dengan jari saja lah.
"Bukan apa, pada pendapat saya, berkawan dengan lelaki memudahkan lagi saya untuk berbual dan selalunya 'less drama'," katanya.
Sissy berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Stail EH! 2019 bertempat di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur malam tadi.
Dalam pada itu, Sissy menambah, persahabatan bersama ramai lelaki membuatkan dia lebih sukar mencari teman lelaki.
"Saya tak tahu mengapa, persahabatan bersama ramai lelaki sememangnya membuatkan saya agak sukar mencari teman lelaki, mungkin kerana sudah terbiasa melayan mereka semua sebagai kawan biasa," tambahnya.
Sebanyak 21 kategori dipertandingkan dalam anugerah tersebut, antara selebriti yang turut hadir adalah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Alicia Amin, Fahad Iman, Neelofa dan ramai lagi.
Must-Watch Video