Hiburan

“Saya Lebih Selesa Tidak Bertudung Sebab Boleh Berfesyen” – A.Aida

gempak
Fiza Kamarudin
19/02/2020
03:47 MYT
Sponsor Banner
“Saya Lebih Selesa Tidak Bertudung Sebab Boleh Berfesyen” – A.Aida
Penerbit popular Datuk A.Aida memohon maaf kepada warga net sekiranya kehadirannya ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 34 tanpa hijab baru-baru ini membuat segelintir pihak tidak senang.
A.Aida berkata dia tidak mahu menipu diri sendiri dan masyarakat sekiranya masih mengenakan tudung.
“Sebelum AJL 34 hari tu, saya ambil masa seminggu untuk berfikir nak pakai tudung ke tak tapi akhirnya saya ambil keputusan untuk jadi diri sendiri.
“Saya mahu cari dalaman dulu, minta doakan yang baik-baik. Semoga dalaman saya ni diperkuatkan. Saya cuma tak mahu menipu diri sendiri,” katanya.
Tambah A.Aida lagi sebelum ini dia mengenakan tudung atas permintaan suami bukan kerana kerelaan hati.
“Dulu bertudung sebab suami suruh jadi sebagai isteri kita menghormati permintaan suami.
“Lepas dah berpisah, pergi Maldives dan dah tak pakai tudung dah lepas tu sebenarnya tapi tak announced je lagi.
“Minta maaf, saya lebih selesa tidak bertudung. Sebenarnya saya belum bersedia lagi nak bertudung sebab kalau terhad nak berfesyen.
“Bila tak bertudung saya boleh menggayakan apa saja fesyen sekarang,” katanya.
Dalam pada itu A.Aida turut menafikan dakwaan kemunculan di AJL 34 baru-baru ini adalah untuk melariskan filem terbitannya, Ratu Kala Jengking Puteri Keranda yang akan mula ditayangkan 27 Februari ini.
“Tak betul tuduhan tu. Saya pergi AJL bukan untuk mencari kontroversi tapi sebab lagu saya bertanding di peringkat final,” ujarnya menerusi slot 'Ceritera' di portal mStar Online.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024