Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Lebih Suka Makan Masakan Sendiri" - Ara Johari Kongsi Rutin Berpuasa

ara-johari-900x560.jpg
Penyanyi popular, Ara Johari berkongsi rutin menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Menurut Ara, dia akan memasak sekiranya ada masa terluang dan tidak sibuk dengan jadual pekerjaannya.

"Saya memang suka memasak, saya lebih suka makan masakan sendiri ketika berbuka puasa, kalau ada masa terluang, saya memang akan turun ke dapur.

"Kadang-kadang, saya juga akan pergi ke bazar untuk membeli makanan, bergantung kepada keadaan dan masa," katanya kepada Gempak.

Ara ditemui di majlis Ramadan Raya Screening anjuran Astro bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Dalam perkembangan lain, Ara bakal melancarkan single terbarunya yang dijangka menemui peminat pada bulan Ogos ini.

"Insya-Allah, saya akan melancarkan single keempat pada bulan Ogos ini, ia masih bergenre balada dan saya kini sedang sibuk dengan proses menyiapkan single tersebut," tuturnya menutup bicara.
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement