"Saya Lihat Mayat Terlentang Di Tengah Lebuhraya NKVE" - Loque Butterfingers
Elrafaei Sapi
19/04/2018 14:12 MYT
19/04/2018 14:12 MYT
Pemain gitar kumpulan Butterfingers, Loque berkongsi pengalaman ngeri melihat mayat dalam satu kemalangan maut di tengah lebuhraya NKVE.
Jelasnya, dia ketika itu terbabit dalam program terbaru arahan Bront Palarae berjudul Caraoke Drift terbitan Iflix.
Apa yang turut menarik perhatian netizen di media sosial adalah Loque berdepan cabaran pertama kali menyanyi sambil membawa kereta pada kelajuan 200 kilometer sejam.
"Saja nak kongsi cerita lagi ngeri, sebelum sampai destinasi drift, telah terjadi satu kemalangan maut.
"Saya melihat mayat terlentang di tengah2 lebuhraya #NKVE. Maksud sbenar, Pusara di Lebuh Raya.
"Saya yakin setiap yang lalu petang pasti sangat dan insaf, especially bro2 sado yang marah2 maki2 sebab sangkut lebih sejam!," katanya menerusi status di Instagram akaunnya.
Meskipun berdepan pengalaman ngeri itu, dia tetap tenang melakukan aksi driftnya untuk program tersebut.
Foto: IG @antiloque

Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @antiloque