VIRAL
"Saya Maafkan Mereka, Tapi ..." – Ibu Syed Saddiq
Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menzahirkan kemaafan kepada pihak yang menganiaya anaknya.
Beliau bagaimanapun turut memberi peringatan bahawa setiap perbuatan zalim pasti ada balasannya, bukan sahaja di akhirat, malah boleh berlaku di dunia.
Dalam nada sebak, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz berkata, sebagai seorang ibu beliau sedih dengan pelbagai dugaan yang menimpa anaknya sepanjang lima tahun kebelakangan ini.
“Bagi mereka yang menganiaya anak saya, saya hanya mampu berdoa agar ALLAH SWT memberikan hidayah kepada mereka.
"Hidup ini sementara, bukan untuk selama-lamanya.
"Janganlah kita aniaya orang lain, kerana balasannya bukan hanya di akhirat, tetapi boleh datang di dunia ini juga,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir mendengar keputusan rayuan sabitan hukuman terhadap Syed Saddiq kerana bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Menurutnya, tempoh lima tahun yang dilalui Syed Saddiq penuh cabaran sehingga terdetik di hati untuk memohon anaknya berundur.
"Kadangkala ingin berkata kepada anak, "Sudahlah, janganlah buat lagi. Jangan masuk politik kerana keadaan susah sangat, ramai tak berjasama.
"Tetapi syukur alhamdulillah Saddiq dikelilingi oleh orang yang menyayangi tanpa mengira bangsa dan agama (menjadikan) semangatnya kuat untuk rakyat dan negara Malaysia," jelas Sharifah Mahani.
Sementara itu, bapa Syed Saddiq, Syed Abdul Rahman Abdullah menyerahkan segala nasib dan ketentuan kepada ALLAH SWT.
"Saya sebagai orang tua, kita serahkan dan bertawakal serta berdoa bersama isteri.
"Anak saya akan terus berjuang dan kesabarannya sangat luar biasa," katanya.
Sumber: Sinar Harian