"Saya Mahu Cari Pengalaman" - Khodi Teringin Sertai Program Realiti

Asraf Aided
Mac 22, 2021 14:05 MYT
Penyanyi yang sedang mencipta nama, Khodi berhasrat untuk menyertai program realiti jika berpeluang.
Menurut penyanyi lagu Lenggang ini, program realiti mampu memberi banyak pengalaman kepadanya.
"Saya teringin sangat nak masuk program realiti, sebab saya mahu cari pengalaman.
"Insya-Allah kalau ada rezeki nanti mana tahu saya boleh muncul di kaca TV.
"Bab kesediaan tu buat masa ni saya tak boleh nak cakap apa lagi, tapi jika peluang itu sudah sampai, sudah tentu saya akan lakukan yang terbaik," katanya kepada Gempak.
Bercakap mengenai saingan sesama artis baru, Khodi menganggap ia sebagai satu cabaran yang positif.
"Perkara ini mencabar secara positif, melihat kepada artis-artis muda dan baru lain yang telah berjaya, mereka sebenarnya memberikan inspirasi untuk saya.
"Mereka ini telah menyanyi dengan pelbagai genre dan berjaya, jadi sebagai artis baru, saya tak rasa tercabar kerana mereka betul-betul memberi inspirasi," katanya lagi.
Selain sedang sibuk mempromosikan lagu Lenggang, Khodi juga bakal tampil dengan buah tangan terbaru tidak lama lagi.
Sama-sama kita nantikan!
#Penyanyi #Khodi #Lenggang