Saya Mahu Generasi Muda Kenal, Hargai Khazanah Lagu Klasik Melayu Kita" - Dayang Nurfaizah Teruja Lancar Belagu II
Amri Hassan
15/01/2023 05:23 MYT
15/01/2023 05:23 MYT
Detik yang dinanti akhirnya tiba! Penyanyi terkenal yang juga sudah meraih pelbagai anugerah Dayang Nurfaizah atau lebih mesra dikenali sebagai Dayang sudah bersedia untuk melancarkan album studio ke-10, BELAGU II.
Album ini juga merupakan sekuel kepada album BELAGU yang dilancarkan pada tahun 2021 yang mana album tersebut menerima pelbagai reaksi positif malah diangkat sebagai penerima bagi beberapa kategori di Anugerah Industri Muzik tahun lalu.
Perkataan ‘Belagu’ membawa maksud menyanyi, diambil dari dialek Melayu Sarawak merupakan sebuah album yang dibarisi lagu-lagu klasik Melayu malar segar yang disusun semula muziknya.
“BELAGU II adalah kesinambungan dari album BELAGU yang dilancarkan awal tahun 2021 yang lalu Tujuannya sama, bagi album kedua ini, Dayang mahu meraikan lebih banyak lagu memandangkan kesemuanya sangat indah dan boleh dipertontonkan.
"Kini, dengan Budapest Scoring Orchestra, kami berharap ia dapat menjangkau lebih ramai pencinta muzik antarabangsa” kata penyanyi yang berasal dari Sarawak ini.
Album ini akan dilancarkan di semua platform digital bermula 27 Januari 2023 dan para peminat sudah boleh membuat pra-tempahan/pra-simpanan/pra-tambah album ini sekarang!
Berdasarkan kejayaan BELAGU, Dayang berharap dapat terus menarik minat semua peminat muzik menerusi satu produksi muzik yang akan menyajikan satu pengalaman menikmati muzik yang lebih mengasyikkan.
BELAGU II dibarisi lapan (8) lagu klasik Melayu yang disusun semula berserta satu (1) lagu baharu dan kesemuanya diiringi muzik Budapest Scoring Orchestra bersama pemuzik handalan Malaysia.
Album ini juga sekali lagi disusun dan diterbitkan oleh penerbit yang tidak asing lagi, Aubrey Suwito. Belagu II juga diedarkan oleh Universal Music Malaysia.
Dayang turut menganggap album ini adalah sebagai satu cara untuknya memperkenalkan kembali lagu Melayu klasik kepada generasi muda, dan dalam masa yang sama untuk semua yang mendengar menghayati kembali keindahan lagu-lagu klasik ini.
“Dayang berharap agar semua peminat Dayang akan menghargai album ini dan menerima mesej yang mahu Dayang sampaikan. Dayang mahu semua pendengar khususnya generasi muda mengenali lantas menghargai khazanah lagu-lagu klasik Melayu kita.”
“Jika kita sendiri tidak mengangkat warisan ini, lambat-laun ia akan berkubur begitu sahaja. Dayang anggap penghasilan album ini bukan saja satu penghargaan kepada orang-orang lama tapi juga sebagai satu tanggungjawab sebagai anak seni.”
“Dayang berharap BELAGU II akan terus mengingatkan kita semua untuk meraikan lagu-lagu klasik melayu warisan kita demi generasi masa hari ini dan akan datang.”- DAYANG NURFAIZAH
DAYANG NURFAIZAH – BELAGU II
Senarai Lagu:
1. Nak Dara Rindu
2. Menanti Di Ambang Syurga
3. Ketipang Payung
4. Jauh Di Mata
5. Mengapa Dirindu
6. Sejak Ku Bertemu Padamu
7. Dari Hati Ke Hati
8. Umpan Jinak Di Air Tenang
9. Rindu Menyapa (Original Song)