Berita
"Saya Mahu Manfaatkan Masa Yang Ada Dengan....." - Ajak Shiro
Pelawak Ajak Shiro akui bersyukur apabila dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selepas mengambil keputusan berhenti daripada bergelar penyampai radio.
Menurut Ajak, dia mahu menggunakan masa yang ada bersama anak-anaknya dan melakukan aktiviti bersama.
"Masa saya sekarang ini banyak dihabiskan bersama anak-anak dan melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka.
"Sebelum ini sukar meluangkan masa bersama mereka kerana saya harus bekerja pada awal pagi.
"Saya mahu manfaatkan masa yang ada dengan mereka kerana kita tidak tahu sampai bila diberikan peluang untuk hidup.
"Saya mahu lakukan semua perkara bersama mereka kalau boleh saya tak mahu lihat mereka membesar kerana saya mahu mereka kekal pada usia sekarang sahaja," katanya kepada HLive.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak mendirikan rumah tangga bersama Nur Afifah Amin, seorang guru dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Must-Watch Video