Siapa yang tak kenal Azizulhasni Awang. Dia merupakan jaguh keirin yang menempa nama dalam sukan lumba basikal trek hingga ke persada dunia.
Pahit getir perjalanan atlet yang diberi gelaran The Pocket Rocketman ini bakal diadaptasikan dalam bentuk filem bercorak biografi atau biopik tidak lama lagi.
Menurut Azizul, filem ini diangkat berdasarkan kisah sebenar dan pengalamannya sejak kecil sehingga dia berjaya meraih gelaran juara dunia.
“Akan ada cerita yang mana saya hampir meninggal dunia apabila dilanggar lori semasa mengayuh basikal di kampung, ada juga cerita pada waktu saya tiada duit untuk bertanding dalam acara lumba basikal, ada juga cerita yang mana saya perlu berkorban demi keluarga.
“Memang banyak kisah suka duka yang akan disampaikan. Cerita sebegini kalau diceritakan semula memang boleh buat saya sebak. Tetapi mesej utama filem ini adalah untuk menceritakan saat suka dan duka saya sehingga saya mampu berdiri teguh menjadi juara dunia pada waktu ini.
“Bukan itu sahaja, filem ini juga akan menerapkan tema perpaduan, semangat kesukanan dan ketabahan. Terlalu banyak nilai yang bakal ditayangkan dalam filem ini yang saya harap akan memberi inspirasi buat anak muda,” katanya ketika ditemui di sidang media Filem Biopik Azizulhasni Awang.
Tambah Azizul, dia ingin pelakon terkenal Shaheizy Sam untuk menjayakan watak The Pocket Rockeman dalam filem biopik itu.
Filem ini merupakan hasil kerjasama dengan ThreeSixty Management yang merupakan syarikat pengurusan Azizul, UniTalent Sdn Bhd dan Universiti Utara Malaysia.
Filem biopik yang dijangka akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2019 ini akan diarahkan oleh pengarah yang telah merangkul pelbagai anugerah iaitu Raja Mukhriz dan kos pembikinan filem ini dijangka sebanyak RM6 juta.
Kata Raja Mukhriz, tema yang diangkat adalah semangat nasiolisme Malaysia bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat negara ini.
Bagi merancakkan pembikinan filem ini, satu program 'Misi mencari Azizuihasni Awang' akan diadakan dan ia merupakan satu usaha produksi dalam mencari bakat bagi membawa watak Azizul.
Sumber: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Wed Feb 14 2018
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.