“Saya Makan Bersila, Tak Kan Awak Semua Duduk Atas Kerusi” - Nikmati Patin Tempoyak, Sempat Lagi Agong Mengusik
Azwa Rahman
12/11/2020 13:32 MYT
12/11/2020 13:32 MYT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri perhatian ramai apabila menikmati santapan patin tempoyak secara duduk bersila.
Menerusi laman sosial Instagram, pihak Istana Negara berkongsi sebuah video dan beberapa keping foto Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri sedang bersantap untuk tatapan umum.
“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkesempatan singgah dan menikmati santapan tengah hari patin tempoyak di restoran Selera Patin Bangau selepas berangkat ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh,” tulis pihak Istana Negara di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi 36 saat itu, Tuanku sempat mengusik pengunjung dan pegawai pengiring sebelum bersantap.
“Saya duduk bersila, tak kan awak semua duduk atas kerusi,” titah Tuanku sambil ketawa.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur dengan aksi Tuanku dan Permaisuri.
Malah, ramai yang memuji pemimpin tertinggi Malaysia itu yang selalu bersikap merendah diri.
“Terbaik Tuanku, bangga jadi rakyat negeri Pahang,” kata seorang wargamaya.
“Vey humble our King and Queen,” komen seorang wargamaya.
“Makan pakai tangan je, sedap tu,” ujar seorang wargamaya.
“Wahh sempoinya, bersila je,” puji seorang wargamaya.
“Beginilah pemimpin. Mencontohi yang betul-betul membei contoh,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto dan video tersebut telah menerima hampir 5,000 tanda suka daripada warga Instagram.