Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Saya Malu Dengan Tindakan Saya…”- Tampar Chris Rock, Will Smith Mohon Maaf Secara Terbuka

Syafiqah Jalal
29/03/2022 09:32 MYT
"Keganasan dalam semua bentuknya adalah 'beracun' dan merosakkan. Tingkah laku saya pada majlis anugerah ini tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan,” kata pelakon popular Hollywood, Will Smith yang mengakui kesalahannya kerana menampar pelawak Chris Rock di pentas Academy Awards atau Oscars, semalam.

Will yang popular dalam filem Bad Boys itu berkongsi kenyataan berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, Will memberitahu gurauan Chris terhadap isterinya juga agak sukar hendak diterima namun dia akui bertindak mengikut emosi.

"Lawak adalah sebahagian daripada kerja, tetapi gurauan mengenai keadaan kesihatan Jada terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas secara emosi," katanya lagi.

Justeru, Will membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon dan pelawak, Chris Rock.

"Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda. Saya berada di luar batasan dan saya salah.

“Saya malu dan tindakan saya. Ia tidak menunjukkan saya seperti seorang lelaki yang saya mahukan," ujarnya.

A post shared by Will Smith (@willsmith)

Permintaan maaf itu dibuat selepas Academy of Motion Pictures, badan yang menganugerahkan Oscar melancarkan tinjauan rasmi mengenai insiden mengejutkan itu apabila Smith melempang pelawak berkenaan kerana bergurau mengenai kepala botak isteri Smith, Jada Pinkett Smith.

Pelakon dan penerbit itu turut diumum Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard semalam.
#Viral #Will Smith #Oscar #Tampar #maaf #Mohon #Chris Rock
;